Friday, May 8, 2009

Utamakan Kesihatan

(Utamakan Kesihatan)

Setiap masyarakat perlu menitikberatkan kesihatan. Jika ini diabaikan, pasti ia akan membawa kemudaratan pada diri kita serta keluarga.

Aduh ! Sakit

Ringkasan Rancangan Unit

Murid akan memainkan peranan sebagai kumpulan masyarakat yang begitu menitikberatkan soal penjagaan kesihatan serta dapat menyedarkan orang ramai khasnya murid-murid sekolah, ibu bapa serta guru-guru tentang pentingnya menjaga kesihatan diri. Murid akan menjalankan projek ini secara berkumpulan. Mereka akan membina brosur dan peta minda yang bertemakan “penyakit berjangkit” bagi program kesihatan sekolah. Brosur akan diperbanyakkan untuk warga sekolah. Selain itu, murid-murid juga akan melukis poster yang berkaitan dengan aspek penjagaan diri. Akhir sekali, setiap kumpulan akan menyiapkan Power Point yang mengandungi pelbagai maklumat mengenai penyakit berjangkit serta peranan individu serta masyarakat dalam menjaga kebersihan diri. Bahan ini juga akan ditampal di papan kenyataan Panitia Pendidikan Jasmani serta diletakkan di Pusat Sumber Sekolah. Kesemua produk persembahan akan juga dinilai secara berkumpulan oleh guru.